Saturday, December 1, 2007
Merawat Keresahan
Manusia sentiasa menerima pelbagai ujian dari Allah. Sukar di bayangkan bilamana ada insan yang menerima ujian yang bertimpa-timpa dari Allah, namun tetap tabah..Kita yang menjadi pemerhati juga seringkali terkesan dan ada kalanya menarik nafas kesyukuran kerana ujian berant ini tidak menimpa diri. Kekuatan diri merupakan perisai utama dalam menghadapi situasi ini dengan seribu pengharapan agar allah sentiasa memberikan kekuatan kepada hati, diri dan keluarga kerana musibah, walaupun dihindari tetap akan mengekori dan pastinya menimpa diri..iatu mati.Jika diribersedia untuk ini maka terawatlah keresahan hati.
Sunday, March 11, 2007
merasai hidup bertuhan
Petua kehidupan yang dilupakan dalam kehidupan ketika kesibukan merantai dan membelenggu serta menjadikan kita abdi kepada kehidupan. Sedangkan kehidupan ini hadiah dan anugerah dari tuhan untuk manusia bersiap sedia dengan bekalan menuju alam abadi, namun manusia terbuai dan terleka dengan segala kenikmatannya yang memperdaya.
Sungguh indah hidup ini, terutama bagi yang mendapat apa yang dicitakan oleh keinginan didapati walau apa cita-citanya dan bagaimana mendapatnya serta untuk tujuan apa cita-cita itu. Namun kita hanya akan menyedari hakikat kehidupan bila nilai kehidupan sudah tiada erti lagi buat diri, bila kekayaan tidak dapat membeli kesakitan, bila kelapangan tidak dapat membeli hidayah, bila taqdir tuhan tidak dapat dirunding lagi... berilah erti kehidupan kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)